fb fb fb fb fb

RM58.8 juta, diperuntuk bagi baik pulih rumah nelayan di Sabah

(Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, ketika
melawat rumah peserta PKPN di Kampung Kolapis di Beluran)

KUALA LUMPUR, 5 Oktober- Sebanyak RM58.8 juta ringgit diperuntukkan bagi baik pulih 4,887 buah rumah nelayan di seluruh negeri Sabah sejak 2012 hingga tahun ini.

Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata peruntukan Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) itu disalurkan melalui kementerian melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

"Selain itu juga sebanyak RM19 juta peruntukan di bawah program Penempatan Semula Nelayan (PSN) telah disediakan untuk membina 300 buah rumah baharu untuk nelayan di Kota Belud, yang kini telah dilaksanakan oleh UPEN Sabah melalui Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah (MAFS),"katanya.

Selain itu, isu kebajikan nelayan seperti Program Penempatan Semula Nelayan, PSN turut diperkasa.

Manakala, melalui Program Modenisasi Vesel dan Mekanisasi Tangkapan, kerajaan telah meluluskan dana berbentuk pinjaman RM6.93 juta dan pemberian Elaun Sara Hidup Nelayan Darat sebanyak RM200 sebulan.

Datuk Seri Ahmad Hamzah menjawab pertanyaan ahli parlimen Papar, Ahmad Hassan.


(Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah)

Media Baharu