fb fb fb fb fb

RM4,000 diperuntukkan kepada pertubuhan belia di Terengganu

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri Terengganu, Asmadi Mohamad

KUALA TERENGGANU, 4 Ogos- Kira-kira RM4,000 diperuntukan kepada pertubuhan belia di Terengganu tahun ini.

Peruntukan berkenaan merangkumi dana sukan komuniti yang boleh dimanfaatkan semua pertubuhan sukan dan belia di negeri tersebut.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri Terengganu, Asmadi Mohamad berkata, pengagihannya dibuat secara berperingkat setiap tiga bulan sekali.

Ia bagi memberi peluang kepada semua persatuan sukan yang ada menjalankan aktiviti dengan lebih tersusun.

Katanya, ketika ini terdapat 855 pertubuhan belia di seluruh negeri itu.

74 peratus daripada jumlah berkenaan merupakan pertubuhan aktif manakal selebihnya telah dibatalkan pendaftarannya.

Asmadi berkata demikian pada Majlis Perundingan Belia Negara peringkat negeri di sini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD