fb fb fb fb fb

RM300 harga maksimum penerbangan sehala ke Sabah, Sarawak

(Anthony Loke ketika sidang media pada Majlis Jamuan Raya KTMB 2023
di Stesen Keretapi Kuala Lumpur/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 18 Mei- Sebanyak 17,708 tiket penerbangan sehala dari Semenanjung ke Sabah atau Sarawak dijual pada harga maksimum RM300, bersempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.

Harga istimewa itu ditawarkan semua syarikat penerbangan dalam negara untuk tempoh perjalanan pada 27, 28 dan 29 Mei ke Sabah, manakala 29, 30 dan 31 Mei ke Sarawak.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata kerajaan bersetuju memberi bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan sehala bagi laluan-laluan tersebut.

"Seperti yang saya kata kita ada tiket 17,000 lebih untuk semua laluan ini. Jadi sudah tentu ramai yang sudah beli tiket. Yang beli tiket awal mungkin dia sudah dapat harga yang sudah murah dan sebagainya.

"Kita ambil pendekatan mana-mana baki tiket yang masih ada sebab kita tahu apabila baki tiket tidak banyak harga akan meningkat jadi kita beli balik tiket itu dan kita jual balik dengan harga RM300 sahaja. Ini satu pendekatan yang kita fikirkan untuk membantu rakyat," kata
Anthony kepada media di sin.

Tambah beliau, projek rintis itu bertujuan menyelesaikan masalah harga tiket penerbangan yang mahal ketika musim perayaan.

Sekiranya berjaya, ia akan dibentangkan kepada Kabinet agar boleh dijadikan inisiatif berterusan.

(Anthony Loke semasa sidang media pada Majlis Jamuan Raya KTMB  2023)

Media Baharu