fb fb fb fb fb

RM2.38 juta diperuntuk bagi pembangunan PPD Panching

KUANTAN, 28 Ogos- Kawasan Panching di Kuantan akan dinaik taraf dengan pelbagai potensi kemajuan menerusi projek Pembangunan Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) seliaan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP).

Menurut Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Mohd Shahar Abdullah, RM2.38 juta telah diperuntuk bagi pembangunan PPD Panching.

Beliau menjelaskan, proses pembangunan itu seiring pelaksanaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijangka siap pada 2026.


(Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Mohd Shahar Abdullah)

"Memastikan pembangunan usahawan di kawasan luar bandar ini dapat kita susun kembali supaya mereka lebih berdaya saing bagi memenuhi keperluan yang ada pada hari ini dan keperluan pada masa akan datang.

"Sudah pasti projek pertumbuhan desa ini akan menjadi satu pintu masuk kepada Bandar Sungai Lembing dan sudah pasti bila jadi pintu masuk ini. Kita perlu menyiapkan segala kemudahan bagi memastikan pintu masuk ini nampak lebih meraikan pelancong-pelancong yang bertambah apabila siap sahaja projek jajaran kereta api elektrik pantai timur yang akan siap pada 2026", katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Paya Besar berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek PPD Panching di Kampung Atong, Panching.

Media Baharu