fb fb fb fb fb

RM168.4 juta bina, naik taraf menara telekomunikasi serta laksana PoP di Ranau

RANAU, 27 Mac - Sebanyak RM168.4 juta diperuntukkan bagi membina, menaik taraf menara telekomunikasi dan melaksanakan projek hab gentian optik titik kehadiran atau ‘Point of Presence’ (PoP) di seluruh daerah Ranau bagi memberikan perkhidmatan internet 4G menjelang tahun hadapan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata daripada jumlah itu sebanyak RM103.4 juta diperuntukkan untuk membina sebanyak 35 menara telekomunikasi baharu, dan menaik taraf 30 menara sedia ada.

"Kerja-kerja pembinaan dan naik taraf berkenaan sedang dilaksanakan dan dijangka siap hujung tahun ini.

(Menteri Komunikasi dan Multimedia ,Tan Sri Annuar Musa)

"Bila sebut jendela ertinya menambah menara, menambah gentian optik dan menaik taraf stesen stesen pemancar dan itu sedang berjalan, kerja-kerja boleh dikatakan hampir semua kontraktor tempatan dan kontraktor-kontraktor Sabah yang sedang melaksanakannya", katanya dalam Program Santai YBM MenKOMM Bersama Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) Daerah Ranau, hari ini.

"Saya memantau dari semasa ke semasa dan saya pula dikehendaki melaporkan dari semasa ke semasa kepada Majlis Ekonomi Digital Negara", katanya.

Projek ini dilaksanakan di bawah peruntukan Keperluan Struktur Baharu Ranau untuk memastikan seluruh negara akan dapat menikmati capaian internet 4G.

Beliau berkata peruntukan sebanyak RM65 juta daripada peruntukan tersebut adalah bagi projek PoP untuk 60 buah sekolah yang akan dinaiktaraf kepada gentian optik agar mendapat capaian mutu internet yang lebih baik.

Tambahnya, satu lagi Pusat Ekonomi Digital di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan akan dibina bagi mendedahkan masyarakat setempat dalam ekonomi digital.

Media Baharu