KUALA LUMPUR, 3 September- Nilai pelaburan melonjak kepada RM 160 bilion dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan 18 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Jelas beliau, kesemua pelaburan tersebut melibatkan hampir 3,000 projek baharu yang membuka lebih 79,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia.
"Tempoh januari hingga jun tahun ini, pelaburan diluluskan telah melonjak 160 bilion. Peningkatan 18 peratus ketimbang tahun lalu. Ini melibatkan 3,000 projek baru dan buka peluang kepada 79,000 anak-anak kita untuk menceburkan diri dalam bidang pekerjaan baru.
"Pembentukan khazanah daripada awal bukan sahaja bukan sebagai badan pemantau pastikan peningkatan usaha mencatat kemajuan tetapi kearah pembangunan dan keuntungan dan kesaksamaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-30 Khazanah Nasional di ibu negara.