fb fb fb fb fb

RM1 bilion untuk operasi bas henti-henti

(“Mutiara Rentas Desa” (MRD) Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti Negeri Kelantan di Tunjong, Kota Bharu)

KOTA BHARU, 2 September- Sebanyak RM1 billion telah diperuntukkan oleh kerajaan dalam tempoh 10 tahun bagi pengoperasian bus henti-henti.

Perkara itu bertujuan memperbaiki kualiti perkhidmatan bas henti-henti di seluruh negara.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, "peruntukan terbabit termasuk menerusi Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-Henti (ISBSF) dan Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST)."

Tambah beliau, "penambahbaikan perkhidmatan penting dalam memberi keselesaan dan bersesuaian kehendak penumpang."

"Pengoperasian bas henti-henti ini sangat penting untuk rakyat yang tidak mampu membeli kenderaan atau membeli motor atau memang mereka berpandukan memerlukan perkhidmatan bas." Ujar beliau ketika ditemui media.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Perasmian “Mutiara Rentas Desa” (MRD) Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti Negeri Kelantan di Tunjong, Kota Bharu, hari ini.

(Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan)

Terdahulu, beliau turut menyerahkan dokumen jual beli dan kontrak penyenggaraan bas antara HINO Motor Sales (Malaysia) Sdn Bhd dan Konsortium E-Mutiara Berhad.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, "kerajaan memperuntukan lebih RM4 juta setahun menerusi ISBSF bagi pengoperasian bas berhenti-henti di negeri Kelantan.

"Ia membuktikan kepekaan kerajaan terhadap kesukaran masyarakat terutama di luar bandar di negeri itu untuk berulang-alik." Jelas beliau.

MRD yang dikendalikan bawah Konsortium E-Mutiara Berhad (E-Mutiara) telah memberi manfaat kepada lebih 60,000 orang penumpang sejak bermula pengoperasian pada Februari lalu sehingga 27 Ogos lepas.

Media Baharu