fb fb fb fb fb

RM1.3 juta diperuntukkan untuk jalan baharu Ulu Kongsor

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA KANGSAR, 27 Oktober- Sejumlah RM1.3 juta diperuntukkan untuk membina Jalan Ladang Berasaskan Simen Di Kawasan Blok C Pendusunan Ulu Kongsor yang baharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan perkara itu berkata projek tersebut merangkumi empat jalan dusun sepanjang tiga kilometer.

Kerja-kerja pembinaan dijangka siap pada Disember depan.
 
Projek tersebut bertujuan meningkatkan aksebiliti ke kawasan dusun, memudahkan pekebun dan pelancong untuk mengunjungi kawasan agropelancongan Ulu Kongsor di pekan Padang Rengas.

Terdahulu, Anwar melakukan tinjauan di Ulu Kongsor, Padang Rengas.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM