fb fb fb fb fb

Ribut: Warga emas maut, kereta dihempap pokok tumbang

FOTO BOMBA

POKOK SENA, 29 Oktober- Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dipandunya dihempap sebatang pokok tumbang dalam kejadian hujan lebat dan ribut di Kedah, petang tadi.

Kereta yang dipandu mangsa, Ooi Boon Khak, 74, itu dilapor dalam perjalanan dari arah sini menghala ke Naka.

Bagaimanapun, ketika tiba di tempat kejadian di Jalan Bukit Payong, dahan pokok telah tumbang secara tiba-tiba dan menghempap kenderaan mangsa.
 
Akibat kejadian itu, kenderaan mangsa remuk di bahagian bumbung.
 
Mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba, namun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di beberapa bahagian anggota badan.
 
Mayat dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyyah di Alor Setar untuk bedah siasat.
 
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Supritendan Syed Basri Syed Ali mengesahkan kejadian tersebut ketika dihubungi pemberita.

SITI AISHAH BINTI MD ISA