KUALA LUMPUR, 4 November - Malaysia menyatakan dokongan penuh dan berdiri teguh bersama-sama Filipina dan telah memberikan bantuan kemanusiaan bagi meringankan penderitaan yang dihadapi penduduk, susulan ribut tropika Kristine yang melanda negara itu.
Menerusi perkongsian di Facebook, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menerima panggilan daripada Presiden Republik Filipina Ferdinand 'Bombong' Romualdez Marcos petang tadi sekali lagi mengulangi pendirian bekerjasama lebih rapat dengan Filipina.
Ia sebagai memperkukuh perencanaan dan tindak balas tangkas terhadap bencana.
"Lantaran itu, tragedi dahsyat seperti ini memberi peringatan kepada kita akan pentingnya perpaduan serta kerjasama serantau yang erat.
"Sementara kita menggerakkan bantuan segera, kedua kami menyatakan perlunya usaha menyumbang kepada pemulihan jangka panjang serta inisiatif ke arah pembinaan semula," kata Anwar.
Jelasnya, tragedi tersebut turut memberi peringatan bahawa pentingnya perpaduan serta kerjasama serantau yang lebih erat.
"Kepada Presiden Bongbong dan rakyat Filipina, takziah saya ucapkan dan Malaysia berdiri teguh bersama Filipina dan tidak akan sesekali mengabaikan tetangganya terutama di saat getir dan tragedi,"