
KUALA LUMPUR, 31 Mac – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Selangor melibatkan Sabak Bernam dan Kuala Selangor sehingga pukul 1.00 tengah hari ini.
RINGKASAN BERITA AI
- MET Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir.
- Amaran dikeluarkan kerana tanda ribut petir dengan hujan melebihi 20 milimeter sejam.
- Amaran ribut petir sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap pengeluaran.
Menurut kenyataan MET Malaysia, amaran tersebut dikeluarkan susulan tanda-tanda berlakunya ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang menghampiri atau dijangka berlaku dalam tempoh satu jam.
“Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap pengeluaran,” menurut kenyataan tersebut.