
KUALA LUMPUR, 16 Februari – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa kawasan di negeri Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah sehingga 1.00 tengah hari ini.
RINGKASAN BERITA AI
- Terengganu terjejas di Dungun dan Kemaman akibat ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.
- Pahang mengalami amaran di kawasan Kuantan dengan cuaca buruk.
- Johor dan Sabah juga terlibat; Johor: Kluang, Mersing, Kota Tinggi; Sabah: Tawau, Sandakan, Kudat.
MET Malaysia memaklumkan di Terengganu kawasan terlibat ialah Dungun dan Kemaman, manakala di Pahang melibatkan Kuantan.
Amaran itu turut melibatkan beberapa kawasan di Johor seperti Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.
Sementara itu di Sabah kawasan terlibat ialah Tawau meliputi Kunak dan Semporna, Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat).