
KUALA LUMPUR, 10 Mac – Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sarawak sehingga 1.00 tengah hari ini.
- Kawasan terlibat: Kuching, Serian, Samarahan dan Sri Aman.
- Amaran dikeluarkan apabila ribut petir disertai hujan melebihi 20 mm sejam atau berterusan lebih sejam.
- Amaran jangka pendek sah tidak melebihi enam jam; orang ramai dinasihatkan berwaspada dan ikuti saluran rasmi MetMalaysia.
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, kawasan terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan serta Sri Aman termasuk daerah Sri Aman.
“Amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda tanda menunjukkan kejadian ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi satu jam,” menurut kenyataan tersebut.
Tambah kenyataan itu, amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.
Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui saluran rasmi MetMalaysia.
Amaran tersebut dikeluarkan pada pukul 8.50 pagi tadi.