fb fb fb fb fb

Ribut petir, hujan lebat dijangka melanda lapan negeri

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 29 Oktober- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang akan melanda beberapa kawasan di lapan negeri sehingga tengah hari ini.

MetMalaysia memaklumkan negeri terlibat adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak) serta Melaka.

Di Kelantan, kawasan yang terjejas termasuk Tumpat, Pasir Mas, Jeli, dan Tanah Merah, manakala di Negeri Sembilan, Port Dickson turut terlibat.

Di Sarawak, kawasan terlibat adalah Sibu, Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau) dan Miri (Subis dan Miri).

MetMalaysia mengeluarkan kenyataan berkenaan pada pukul 7.55 pagi tadi.

SITI AISHAH MD ISA