
KUALA LUMPUR, 17 Februari- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri melibatkan Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sehingga 12.00 tengah hari ini.
- MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri sehingga 12 tengah hari.
- Negeri terlibat: Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
- Beberapa daerah spesifik disenaraikan bagi setiap negeri, termasuk kawasan pantai dan kawasan pedalaman.
MetMalaysia memaklumkan di Perak, kawasan terlibat ialah Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak, manakala di Kelantan melibatkan Gua Musang.
Amaran itu turut melibatkan Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu, serta Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang.
Di Selangor, kawasan terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat, manakala di Negeri Sembilan membabitkan Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin.
Amaran sama turut dikeluarkan bagi Melaka serta beberapa daerah di Johor iaitu Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Mersing dan Pontian.