fb fb fb fb fb

Ribut petir, hujan lebat beberapa kawasan di Selangor dan Port Dickson pagi ini

Foto hiasan

PETALING JAYA, 25 Mac- Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di negeri Selangor dan Negeri Sembilan sehingga pukul 10.00 pagi ini.

Menurut METMalaysia kawasan terlibat di Selangor ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang. Manakala, di Negeri Sembilan melibatkan Port Dickson.

Amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

ROSLINA BINTI DIN