fb fb fb fb fb

Ribut petir dijangka berlaku di empat negeri hingga 11 malam esok

FOTO MetMalaysia

KUALA LUMPUR, 28 Januari- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir beserta hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku beberapa kawasan di empat negeri hingga 11 malam esok.

Negeri yang terlibat adalah Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Menurut kemas kini MetMalaysia, kawasan terbabit termasuk Kuala Selangor dan Hulu Langat (Selangor), Jelebu (Negeri Sembilan) dan Mersing (Johor).

Keadaan serupa dijangka berlaku di Sarawak meliputi Kuching, Serian dan Samarahan bagi tempoh sama.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE