Ribut petir di lapan negeri, Kuala Lumpur dan Labuan hingga 5 petang

Gambar hiasan janaan AI

KUALA LUMPUR, 24 Februari- Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda lapan negeri iaitu Selangor, Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak dan Sabah hingga 5.00 petang ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda lapan negeri hingga 5 petang.
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran pada 2.00 petang termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.
  • Beberapa daerah terjejas disenaraikan di setiap negeri termasuk kawasan bandar dan pedalaman.
  • Orang awam dinasihatkan berwaspada terhadap keadaan cuaca teruk dan kemungkinan gangguan aktiviti luar.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam amaran dikeluarkan pada 2.00 petang memaklumkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan turut terlibat.

Kawasan terjejas di Selangor melibatkan Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat; Kedah (Kulim dan Bandar Baharu); manakala Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

Di Pahang — kawasan terlibat ialah Cameron Highlands, Raub dan Bentong; Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin) dan Melaka (Alor Gajah).

Sarawak pula melibatkan Kuching iaitu Bau dan Kuching, Samarahan, Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Miri (Telang Usan) serta Limbang.

Sabah membabitkan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Sandakan.

MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir ialah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.