fb fb fb fb fb

Ribut petir dan hujan lebat landa 10 negeri sehingga 6.00 petang ini

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 4 Jun- Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di di 10 negeri yang dijangka berterusan sehingga pukul 6.00 petang hari ini.

METMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan, antara kawasan yang terlibat ialah seluruh negeri Perlis dan Pulau Pinang, manakala di Kedah pula melibatkan daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Di negeri Perak, kawasan yang terjejas termasuk Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Terengganu (Dungun dan Kemaman), Pahang (Bentong dan Bera) serta Selangor (Gombak dan Hulu Langat).

Selain itu, keadaan cuaca tersebut juga dijangka berlaku di Negeri Sembilan (Jelebu dan Seremban) serta Johor (Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi).

Di Sabah pula, kawasan yang terlibat termasuk daerah Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan yang merangkumi Telupid, Kinabatangan dan Beluran.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

ROSLINA BINTI DIN