fb fb fb fb fb

Ribur petir di Pahang, Johor dan Sarawak sehingga pukul 2 petang

Foto Pexels Amol Mande

KUALA LUMPUR, 30 Disember - Ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di tiga negeri sehingga pukul 2 petang ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), setakat 10 pagi ini, ia membabitkan Pahang, Johor dan Sarawak.

Di PAHANG, melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Pekan dan Rompin.

Di JOHOR, pula melibatkan dua kawasan iaitu Segamat dan Mersing.

Di SARAWAK hanya melibatkan kawasan Miri.

Sementara itu, setakat ini tiada amaran hujan berterusan, angin kencang dan laut bergelora serta ribut taufan dilaporkan bagi semua kawasan di seluruh negara.

GRACE AISYAH KEDAYAN