fb fb fb fb fb

Ribuan pengunjung meriahkan kemuncak karnival RIUH OOHA!

Karnival RIUH OOHA! yang berlangsung selama 3 hari berakhir malam tadi

KUCHING, 29 Julai - Lebih 30,000 pengunjung di bandar ini membanjiri Kembara RIUH OOHA! yang berlangsung selama tiga hari sejak Jumaat.

Kembara RIUH OOHA! yang julung kali diadakan ini adalah inisiatif Kementerian Komunikasi bagi merancakkan ekonomi kreatif dengan mencipta peluang pekerjaan untuk artis dan usahawan tempatan.

Sebanyak 50 reruai jualan barangan kreatif dan kraf tangan akan dibuka manakala 25 lagi adalah gerai jualan makanan serta minuman.

Kehadiran peminat e-sukan Mobile Legend Bang Bang, (MLBB) tidak kurang meriahnya dengan kehadiran belia yang lengkap dengan pakaian seperti perwatakan dalam permainan popular tersebut.

Terdapat juga bengkel bengkel seni tempatan Sarawak seperti Sape dan aktiviti interaktif.

Kepelbagaian jualan juga daripada vendor yang menjual barangan unik, pameran agensi di bawah Kementerian Komunikasi.

Kemuncak RIUH OOHA! pasti tidak lengkap dengan gegaran pentas utama oleh artis tempatan dan tanah air antaranya, Ella, Noh, Insomniacs dan Midnight Fusic.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kuching turut menyediakan reruai Sudut DJ yang menyediakan pelbagai program interaktif dan cabutan hadiah bertuah buat pengunjung yang hadir.

Kemeriahkan dapat dirasai dengan tema Neo-Nusantara yang mengetengahkan elemen Tropika, Futuristik dan sisi kreatif lain Sarawak.

Hadir sama pada kemuncak acara malam tadi ialah Ketua Setiausaha Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Pengarah Penyiaran Sarawak, Wan Azhan Wan Hamat.

BERITA BERKAITAN:

GRACE AISYAH KEDAYAN