SEBERANG JAYA, 15 Februari- Sebuah gudang penyimpanan wayar dengan anggaran keluasan 3,000 kaki persegi terbakar, berjaya dipadamkan dengan tindakan pantas pihak bomba.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata kemusnahan kebakaran berkenaan dianggarkan sebanyak 20 peratus.
Tambahnya, laporan kejadian diterima kira-kira pukul 9.46 malam tadi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai bergegas ke lokasi kebakaran dengan bantuan BBP Butterworth.
Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 10.00 malam dengan tiada mangsa dilaporkan.
Nilai kerugian dianggarkan berjumlah RM10,000 dan punca kebakaran masih lagi dalam siasatan.