fb fb fb fb fb

Remaja perempuan maut ketika mandi, memancing bersama keluarga

Foto BBP Skudai

JOHOR BAHRU, 20 Julai- Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun maut selepas lemas ketika mandi dan memancing bersama keluarganya di kawasan anak sungai berhampiran Taman Pulai Perdana, Skudai, Johor Bahru, petang semalam.

Insiden turut menyaksikan empat lagi adik-beradik mangsa nyaris lemas, namun sempat diselamatkan bapa mereka.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Pegawai Bomba Kanan Dua, Saiful Bahri Safar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 3.38 minit petang.

"Mayat mangsa ditemukan pada jarak empat meter dari kawasan tebing.

"Terdapat bahagian lekuk di dalam anak sungai terbabit disyaki menjadi punca mangsa dan adik-beradik lain, tenggelam.

"Pasukan penyelamat cuba memberikan rawatan CPR, namun mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya menerusi kenyataan.

Tambahnya, mayat diserahkan kepada pihak Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, untuk tindakan lanjut.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM