Remaja parah jatuh tingkat 10 kondominium – Polis

Gambar di tempat kejadian/PDRM

GEORGE TOWN, 26 Januari- Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun cedera parah selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan kondominium di Gelugor, di sini, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Remaja ditemui terbaring di tingkat tujuh selepas dipercayai jatuh dari bilik tidur di tingkat 10.
  • Mangsa cedera parah dan dirawat di Hospital Pulau Pinang, kini di Unit Rawatan Rapi.
  • Siasatan awal tidak menemui unsur jenayah, tetapi siasatan lanjut diteruskan untuk kenal pasti punca.
  • Orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Penguasa Polis (SP) Lee Swee Sake mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada kira-kira pukul 1.15 tengah hari menerusi maklumat orang awam.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjatuh dari bilik tidur di tingkat 10 sebelum ditemui dalam keadaan terbaring di tingkat tujuh kondominium berkenaan pada sekitar 1.05 tengah hari.

Mangsa mengalami kecederaan parah dan telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Setakat ini, mangsa masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Polis memaklumkan siasatan awal tidak menemui sebarang unsur jenayah dalam kejadian tersebut, namun siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan pihak berkuasa.

Majlis Konvensyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan