fb fb fb fb fb

Remaja maut selepas motosikal dirempuh kenderaan pacuan empat roda

Foto RTM

BEDONG, 27 Jun-Serang remaja lelaki maut selepas motosikal yang tunggangi terlibat dengan kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda  di kilometer 44. 8 Jalan persekutuan Alor Setar- Butterworth berdekatan Bedong, Kedah.
 
Kejadian berlaku kira-kira pukul 11.00 pagi tadi.
 
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Wan Azharuddin Wan Ismail berkata kejadian berkenaan berlaku  apabila motosikal mangsa  dipercayai masuk di laluan bertentangan sebelum dirempuh kenderaan tersebut.
 
Akibat kemalangan itu, mangsa cedera parah dibahagian kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
 
Manakala,pemandu kenderaan pacuan empat roda berkenaan seorang lelaki berusia 56 tahun hanya  mengalami kecederaan ringan.
 
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abd Halim, Sungai Petani untuk proses bedah siasat sebelum dituntut keluarga mangsa.
 
Kes disiasat di bawah Sekysen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD