fb fb fb fb fb

Pemuda maut rempuh Kelisa di Kemaman

KUALA TERENGGANU, 5 Mac - Seorang pemuda maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah kenderaan dalam kemalangan jalan di kilometer 10 Jalan Ibok Mak Chili di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kemaman , Superintendan Hanyan Ramlan, dalam kejadian kira-kira pukul 5.05 petang semalam Muhammad Faqrul Fazly Mohd Zukri, 20, meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Difahamkan ketika kejadian mangsa yang berasal dari Kampung Ibok, menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 merempuh sebuah kenderaan jenis Perodua Kelisa.

"Siasatan awal mendapati , kejadian berlaku apabila kenderaan tersebut dikatakan berhenti di persimpangan untuk membelok ke kanan jeti Yak Yah, lalu datang motosikal arah yang sama terus melanggar bahagian belakang kenderaan tersebut," katanya.

Sementara itu, impak perlanggaran itu menyebabkan mangsa maut meninggal dilokasi akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Menurut Hanyan Ramlan, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

Kemudiannya, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.

"Kes di siasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Media Baharu