BATU PAHAT, 12 Ogos - Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun meninggal dunia, selepas lemas di dalam parit berhampiran Dewan Orang Ramai Parit Senah, Parit Ya’ani Tengah dekat Yong Peng pagi tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor dalam satu kenyataan memaklumkan, mayat mangsa dibawa naik orang ramai yang berada berdekatan lokasi kejadian.
"Petugas Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
"Pasukan keluaran operasi bomba bertindak membuat pemeriksaan lanjut di kawasan sekitar bagi memastikan keadaan selamat sebelum menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 11.38 pagi," menurut kenyataan itu.