fb fb fb fb fb

Remaja lelaki disyaki lemas di Pantai Teluk Senangin

MANJUNG, 24 September- Seorang remaja lelaki disyaki lemas ketika sedang melakukan aktiviti riadah di Pantai Teluk Senangin, di sini.

Sebelum itu mangsa Muhammad Fahmi Hafizi Mohd Fadzli, 19, dilaporkan sedang menyelamatkan seorang lagi mangsa lemas sebelum ditarik ombak dan hilang.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, "pihaknya menerima maklumat awal berhubung kejadian pada pukul 9.58 pagi.

"Ketika tiba di lokasi JBPM mendapati seorang remaja lemas ketika mandi di pantai berkenaan," katanya.

Bagaimanapun operasi mencari dan menyelamat sedang digerakkan dengan pencarian awal ditumpukan di sekitar kawasan persisiran pantai dibantu tiga buah bot nelayan. 

Selain itu, operasi turut dibantu agensi lain antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

(JBPM Perak berada di lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat)

Media Baharu