fb fb fb fb fb

Remaja hilang di sungai Kuantan ditemukan lemas

Foto fail/BERNAMA

KUANTAN, 9 Julai -Remaja lelaki yang dikhuatiri lemas di Sungai Kuantan semalam ditemukan lemas kira-kira pukul 12.40 tengah hari tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan Superintenden Mohd Adli Mat Daud berkata mayat Mohamad Isyraf Danish Razmi, 15 tahun ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira satu kilometer dari lokasi dia dilaporkan tergelincir.

"Penemuan ini hasil kerjasama erat pelbagai agensi penyelamat termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Marin serta bantuan orang awam," katanya dalam kenyataan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses pengecaman dan bedah siasat.

Terdahulu, mangsa dikatakan tergelincir ke sungai ketika cuba menarik tali pancing yang tersekat sebelum hilang dari pandangan tiga rakannya.

TETITIA YUSOFF