fb fb fb fb fb

Reka bentuk rasmi HKHM 2025 boleh dimuat turun di merdeka360.my

Reka bentuk rasmi HKHM 2025 boleh dimuat turun di merdeka360.my

PUTRAJAYA, 1 Ogos - Reka bentuk rasmi bahan promosi bersempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang bertemakan Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni kini boleh dimuat turun melalui portal rasmi www.merdeka360.my.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan perkara itu dalam sidang media mingguan selepas Mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya, hari ini.

“Sehubungan itu, rakan-rakan media dijemput memperhebatkan promosi sambutan dengan menggunakan reka bentuk ‘key visual’ yang boleh dimuat turun menerusi portal rasmi merdeka360,” katanya.

Beliau turut menggalakkan penggunaan meluas bahan rasmi tersebut sebagai usaha memperkukuh penyampaian mesej kenegaraan yang konsisten serta menyemarakkan semangat patriotisme.

Sambutan Hari Kebangsaan 2025 akan diadakan pada 31 Ogos di Dataran Putrajaya.

Sementara itu, sambutan Hari Malaysia tahun ini dijadual berlangsung pada 16 September di Pulau Pinang.

Sebanyak 14 program sisipan akan dilaksanakan sempena dengan sambutan tersebut, antaranya Kira Detik Merdeka, Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2025 dan Wayang Pacak Merdeka.

NUR SHARIDA SHAHABUDDIN