
KUALA LUMPUR, 9 Februari -Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) optimis untuk mengadakan libat urus berterusan bagi meneliti senario pelaksanaan serta maklum balas keluarga terhadap keberkesanan pembelajaran anak-anak.
- JAKIM dan KPM komited mengadakan libat urus berterusan untuk menilai pelaksanaan dan maklum balas keluarga.
- Pelarasan melibatkan pendidikan peringkat Kelas Al-Quran dan Fardu Ain untuk selaraskan kurikulum dan aktiviti.
- Mengkaji persepsi waris terhadap beban pembelajaran dan memperbaiki cara penerimaan serta pelaksanaan.
- Transformasi pendidikan disemak berkala untuk elakkan pertembungan antara sekolah harian dan KAFA.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, pelarasannya turut melibatkan pendidikan di peringkat Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).
“Memang berterusan, kerana kita sentiasa melihat senario pelaksanaan, kita akan lihat respon waris yang mengatakan anak mereka terbeban, tapi sebenarnya tidak, cuma bagaimana cara penerimaan dan pelaksanaan.
“Dan itu juga mungkin ada perbezaan antara sekolah dengan KAFA dan bagaimana kita selaraskan”, katanya semasa menjadi tetamu Program Bicara Naratif di Angkasapuri, di sini.
Tambah Datuk Dr Sirajuddin, transformasi tersebut sentiasa disemak dan dilaksana kementerian dari semasa ke semasa agar tidak wujud pertembungan antara sekolah harian dan KAFA di mana-mana institusi pengajian.