fb fb fb fb fb

ReDI penggerak perniagaan kecil di luar bandar

(Peniaga yang menyertai Program Inisiatif Digital Peruncitan sedang berjual beli)

BERA, 27 Ogos- KPDNHEP telah menampilkan semula penjenamaan Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) yang menawarkan harga lebih murah berbanding harga pasaran yang telah diperluaskan ke seluruh kawasan DUN dalam negara menerusi Program Inisiatif Digital Peruncitan (ReDI).

Program jualan murah itu melibatkan sebanyak 639 kawasan DUN yang merangkumi lima peneraju utama dan tujuh sektor peruncitan yang akan terlibat menawarkan harga berpatutan.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Kanan, Dr. Syaharudin Shah Mohd Noor berkata, "lebih kurang 15,000 peniaga disasarkan berdaftar di bawah Program ReDI menggunakan e-dompet ini dan sehingga kini, 1 Ogos 2022 kita telah berjaya mendaftarkan lebih kurang 5,321 peniaga luar bandar di seluruh negara berjaya didaftarkan menerusi ReDI." sejak kali pertama program ini diadakan pada tahun lepas.

Sebanyak 36 gerai daripada pelbagai jabatan, agensi kerajaan dan swasta yang disediakan menggunakan pendekatan secara tanpa tunai sebagai wadah utama program ini.

(Dr. Syaharudin Shah Mohd Noor, Ketua Penolong Pengarah Kanan ketika ditemui pemberita) 

Tambah beliau, "program ReDI ini bertepatan dengan dasar kementerian bagi memastikan peniaga kecil tidak terus ketinggalan dalam arus perdana selain membantu perniagaan kecil di kawasan pedalaman untuk turut serta menerusi model baharu perniagaan secara digital."

Menurutnya, para peniaga dalam kategori ini di seluruh negara akan menerima manfaat sekali gus memberi pilihan kepada pengguna dalam urusan perniagaan.

Katanya, menerusi Program ReDI kali ini, "ia akan diperluaskan dengan menjadikan daerah Bera sebagai pelopor Digitalisasi Luar Bandar di Pahang."

Dalam perkembangan lain, KPDNHEP telah menggerakkan susun kerja dalam memastikan agenda pendigitalan menjadi objektif utama sektor peruncitan dengan tumpuan utama kementerian adalah keperluan bagi peniaga di peringkat mikro dan kecil menerima serta berurusan menggunakan e-dompet.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada persiapan akhir Program Inisiatif Digital Peruncitan (ReDI) yang akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dataran Kerayong, Bera, Pahang hari ini.

Media Baharu