fb fb fb fb fb

Redah 160km setiap hari demi sijil kulinari

(Mohd Fazli Sahak @ Ishak menerima Anugerah Ketua Pengarah dalam
Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Pulau Pinang 2022)

BUTTERWOTH, 4 September- Sanggup menunggang motosikal sejauh 160km setiap hari.

Itu yang dilakukan seorang Pembantu Tadbir Penjara Taiping demi menimba ilmu.

Bagaimanapun, kesungguhannya itu membuahkan hasil apabila dia menerima Anugerah Ketua Pengarah dalam Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Pulau Pinang 2022.

Mohd Fazli Sahak @ Ishak berusia 40 tahun berulang alik dari Taiping ke Nibong Tebal sepanjang mengikuti program pengajian Sijil Kulinari.

Dia yang melanjutkan pengajian di bawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sejak tahun 2019 bagaimanapun mengakui banyak cabaran yang perlu ditempuh bagi menamatkan pengajiannya.

(Mohd Fazli Sahak @ Ishak)

Mohd Fazli berkata, "saya perlu membahagikan masa kerana saya telah berkahwin dan jarak tempat belajar dengan rumah saya jauh."

Beliau sempat berkongsi pengalaman ketika pandemik COVID-19 melanda negara, "mula-mula naik tren tapi selepas PKP, tren dah tak ada.

"Pada mulanya sangat sukar, saya terpaksa naik moto setiap hari." Luahnya ketika ditemui pemberita.

Kini, dia juga merancang untuk membuka sebuah kafe dalam masa terdekat.

Dalam majlis itu, seramai 11 graduan menerima diploma manakala 417 graduan menerima sijil.


Media Baharu