fb fb fb fb fb

Rebut peluang ceburi bidang TVET, permohonan dibuka hingga 13 November

Foto hiasan

GOMBAK, 5 November- Permohonan kemasukan ke 1,334 Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi sesi Januari 2024 telah dibuka mulai 30 Oktober hingga 13 November ini.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berharap belia dapat merebut kesempatan ini untuk menceburi bidang TVET sekali gus menjamin peluang pekerjaan masa depan.

Katanya, pelbagai usaha berterusan akan dilakukan bagi mempromosi TVET termasuk program outreach, karnival dan hebahan di media sosial.

"Untuk memastikan anak muda terutama pelajar-pelajar yang yang bakal masuk ke alam pekerjaan mereka mengetahui sebenarnya apakah potensi yang wujud di negara kita.

"Kita cuba mewujudkan banyak peluang dalam bidang-bidang TVET latihan kemahiran supaya mereka boleh mendapatkan pekerjaan di sini dan tidak harus bergantung untuk ke luar negara", katanya kepada media selepas merasmikan program Jelajah Madani Bersama Menteri Sumber Manusia di Gombak.

Jelajah Madani Siri Ke-3 ini merupakan kesimbungan kepada dua program terdahulu iaitu di Taman Sentosa, Klang dan Pulau Sebang, Melaka bertujuan mendekati masyarkat melalui pelbagai aktiviti termasuk temuduga kerjaya, pemeriksaan kesihatan serta pameran agensi kerajaan.

ROSLINA BINTI DIN