KUALA LUMPUR, 15 April - Rapid Bus Sdn Bhd bakal memperkenalkan dua zon baharu dan satu zon sedia ada yang akan diperluaskan kawasan liputan bagi perkhidmatan Rapid KL On-Demand bermula 17 April lalu.
Tiga zon tersebut ialahTerminal Puchong Utama-Puchong Prima, PJ Sentral-Seksyen 7 & 17 dan MRT Bandar Tun Hussein Onn- Taman Desa Baiduri.
Menerusi kenyataan syarikat pengangkutan itu berkata, bagi semua zon baharu yang akan dilancarkan pada 17 April ini, sejumlah 10 buah van akan digunakan dalam operasi harian.
"Penetapan jumlah van bagi setiap lokasi adalah berbeza mengikut kajian serta keperluan bagi kawasan tersebut," menurut kenyataan itu.
Sehingga Mac 2025, perkhidmatan tersebut telah beroperasi di 37 buah zon sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang.
"Ia memberikan capaian perkhidmatan kepada para pengguna dan dan memberi manfaat kepada penduduk di kawasan sekitar," kata kenyataan itu.
Untuk bulan Mac, purata bilangan pengguna harian yang dicatatkan ialah seramai 4,753 orang.