fb fb fb fb fb

Rapid Bus tambah laluan On-Demand, tingkat akses pengguna

Rapid Bus Sdn Bhd bakal melancarkan tujuh laluan baharu bagi perkhidmatan Rapid KL On-Demand bermula 10 Mac ini / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Rapid Bus Sdn Bhd bakal melancarkan tujuh laluan baharu bagi perkhidmatan Rapid KL On-Demand bermula 10 Mac ini melibatkan penggunaan 18 buah van.

Menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Ku Jamil Zakaria pemilihan laluan baharu itu dibuat berdasarkan keperluan serta kepadatan penduduk di kawasan terlibat.

Tujuh laluan baharu yang diperkenalkan ialah:

  • Laluan UNITEN – Bangi
  • Laluan LRT Wangsa Maju – Sri Rampai
  • Laluan Titiwangsa – Chow Kit
  • Laluan Bandar Kinrara – Jalan Puchong
  • Laluan Taman OUG – Kuchai Lama
  • Laluan Bukit Antarabangsa – Setiawangsa
  • Laluan Taman Melati – Gombak Setia

Ku Jamil turut memaklumkan, lebih banyak laluan akan diperkenalkan secara berperingkat menjelang Jun tahun ini, seiring dengan penerimaan van-van baharu bagi meningkatkan kemudahan pengguna.

Sebelum ini, perkhidmatan Rapid KL On-Demand telah diperluaskan ke 10 laluan baharu pada 1 Februari 2025, menyaksikan jumlah penumpang harian tertinggi mencecah 1,928 orang pengguna.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN