fb fb fb fb fb

Rangkuman: 83 calon bertanding rebut 36 kerusi DUN di Kedah, Negeri Sembilan

(Di Kedah, 83 calon disahkan bertanding merebut 36 kerusi DUN)

PUTRAJAYA, 29 Julai- Tiada kertas pencalonan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) ke-15 yang ditolak di Kedah dan Negeri Sembilan, menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

Ketika bercakap dalam sidang media di sini beliau berkata SPR menerima 83 kertas penamaan calon di Kedah dan 83 Negeri Sembilan.

Di Kedah, 83 calon disahkan bertanding merebut 36 kerusi DUN.

Pakatan Harapan (PH) meletakkan 21 calon, Barisan Nasional (BN) lima calon, Perikatan Nasional (PN) 36 calon, Parti Rakyat Malaysia (PRM) satu calon dan Bebas 10 calon.

Antara kerusi tumpuan ialah DUN Jeneri menyaksikan calon BN, Datuk Mohamad Khizri Abu Kassim mencabar penyandangnya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor daripada PN.

DUN Pedu pula menampilkan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid mencabar calon PN, Mohd Radzi Md Amin.

Begitu juga DUN Alor Mengkudu apabila Pengerusi PH negeri, Datuk Mahfudz Omar dicabar bekas pemain bola sepak kebangsaan, Radhi Mat Din.

Di Negeri Sembilan, 83 calon disahkan bertanding merebut 36 kerusi.

Antara tumpuan ialah kerusi DUN Sikamat yang menyaksikan pertembungan empat penjuru.

PH sekali lagi mencalonkan penyandang, Datuk Seri Aminuddin Harun yang berdepan calon PN, Ahmad Raihan Muhamad Hilal serta dua calon Bebas, Bujang Abu dan Mohamed Hafiz.

Di DUN Rantau, BN mencalonkan penyandang kerusi, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Timbalan Presiden UMNO itu berhadapan pencabarnya, Rozmal Malaka daripada PN dalam pertandingan satu lawan satu.

Selain itu di DUN Chennah penyandangnya Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berdepan pencabar tunggal iaitu Ketua Kampung Chennah, Rosmadi Arif yang mewakili PN.

Di DUN Pertang pula, BN sekali lagi mencalonkan penyandang, Datuk Seri Jalaluddin Alias yang berdepan pencabar daripada PN, Amirudin Hassan dalam pertandingan satu lawan satu.

(Di Negeri Sembilan, 83 calon disahkan bertanding merebut 36 kerusi)

Media Baharu