fb fb fb fb fb

Rangka manusia di kebun durian milik remaja hilang - Polis

Dokumen dan barangan peribadi mangsa telah dikenal pasti oleh ahli keluarganya.

BATU PAHAT, 25 Jun- Polis Daerah Batu Pahat, Johor mengesahkan penemuan rangka manusia di kebun durian Jalan Yong Peng-Muar baru-baru ini adalah mangsa kemalangan motosikal.

Mangsa, Hafiz Fauzan Abdul Halid, 16 tahun merupakan remaja yang dilaporkan hilang sejak 26 Mei lalu selepas keluar dari rumah bersama-sama motosikalnya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Penguasa Polis Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani dalam kenyataan berkata, mayat mangsa ditemukan bersama-sama dokumen pengenalan diri, pakaian dan barangan peribadi.

Dokumen dan barangan peribadi mangsa telah dikenal pasti oleh ahli keluarganya.

Siasatan awal mendapati mangsa terlibat kemalangan dan terbabas ke dalam curam di kawasan kebun durian, berdasarkan kerosakan pada motosikal itu.

Kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM