fb fb fb fb fb

Rangka Kerja Holistik Makmal Analisis Makanan Kebangsaan, atasi krisis keselamatan makanan

Dzulkefly Ahmad

PUTRAJAYA, 2 Ogos- Rangka Kerja Holistik Makmal Analisis Makanan Kebangsaan akan dilaksana bagi tempoh sepuluh tahun akan datang.

Ia hasil daripada keputusan Mesyuarat Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan (MKMPK) ke-17, hari ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pelaksanaan itu dapat memperkukuh keupayaan analisis makanan negara, di samping mengatasi krisis keselamatan makanan.

Tambahnya, mesyuarat itu juga bersetuju untuk melaksanakan penandaan kalori pada menu di premis makanan.

"Ini merupakan kajian rintis Putrajaya yang rata-ratanya ada sokongan yang agak tinggi 98 peratus dalam satu kajian yang dibuat oleh UPM (Universiti Putra Malaysia)bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), meskipun daripada sudut amalan masih lagi di tahap yang tidak begitu tinggi, kurang daripada 40 peratus.

"Jadi kita perlu tingkatkan lagi usaha, apa yang dikatakan sebagai literasi pengetahuan supaya kalori 'tagging' ini yang merupakan satu item ataupun agenda.. kita sentiasa peka dengan isu kalori," katanya selepas Majlis Pelancaran Portal Aspirasi Pemakanan Rakyat (ASPERA) di KKM di sini.

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM