Ramalan cuaca signifikan dengan luruan monsun 19 hingga 23 Feb

Foto hiasan janaan AI

KUALA LUMPUR, 18 Februari– Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca signifikan susulan luruan angin monsun yang dijangka berlaku dari 19 hingga 23 Februari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Monsoon luruan dijangka 19 hingga 23 Februari membawa cuaca lebih lembap dan ribut petir di Sabah serta Sarawak.
  • Potensi hujan lebat berpanjangan di negeri timur Malaysia itu boleh menyebabkan banjir dan gangguan aktiviti harian.
  • Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora dikeluarkan untuk perairan Laut China Selatan; orang awam dinasihatkan rujuk MetMalaysia.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan itu berpotensi membawa cuaca lebih lembap dengan ribut petir serta hujan lebat berpanjangan di Sabah dan Sarawak dalam tempoh berkenaan.

“Keadaan ini turut menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan.

“Sehubungan itu, Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora telah dikeluarkan bagi perairan Laut China Selatan berkuat kuasa dari 18 hingga 21 Februari 2026,” menurut kenyataan itu.

Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih.