GEORGE TOWN, 4 Mac- Ramadan diraikan dengan penuh kesyukuran bersama-sama lebih 50 anak yatim piatu dan anak-anak kurang upaya (OKU) serta masyarakat setempat di Jalan Kedah di sini.
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, beliau juga berkesempatan menyertai majlis berbuka puasa yang dianjurkan selain dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan komuniti.
"Wakil rakyat senantiasa menggunakan platform yang disediakan oleh pertubuhan ini untuk bersama-sama dengan rakyat menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri kepada masyarakat setempat.
"Di sinilah kita dapat menjalin persefahaman tentang apa yang dilakukan oleh kerajaan bersama dengan pertubuhan-pertubuhan ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majis Berbuka Puasa yang dianjurkan Persatuan Hidayatul Islam di sini.
Pada masjli berkenaan beliau turut menyampaikan bantuan kepada fakir miskin dan sumbangan Ramadan kepada kanak-kanak yang hadir.