fb fb fb fb fb

Rakyat Malaysia perlu terus jaga imej, nama baik negara - Anwar

Foto FB Anwar Ibrahim

QATAR, 14 Mei- Akademia dan mahasiswa perlu terus istiqamah menjunjung nilai kemanusiaan dan ketulusan dalam merencana masa depan dunia Islam yang lebih cerah.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi perkongsiannya di platform Facebook.

"Saya singgung cabaran dan tribulasi dalam era pasca normal yang menuntut pemimpin dunia Islam menggembleng kudrat berhadapan isu Islamofobia, diskrminasi dan hipokrasi kuasa besar dunia.

"Umat Islam harus kekal waras dan kembali kepada akar kekuatan yang bertunjangkan budaya ilmu, akhlak, karamah Insaniah serta ketaqwaan yang mendasari ajaran Islam dan budaya ketimuran yang pernah saya ungkapkan dalam karya 'The Asian Renaissance'," kata Anwar.

Terdahulu, Anwar diberikan penghormatan oleh Universiti Hamad bin Khalifa untuk menyampaikan syarahan umum berjudul Masa Depan Dunia Islam di Perpustakaan Negara Qatar menerusi lawatan rasmi beliau ke negara tersebut.

Dalam pada itu, Anwar turut menghadiri majlis makan malam dan sesi bicara bersama diaspora Malaysia.

"Seperti biasa, saya sentuh pelbagai persoalan yang diajukan, selain memberikan gambaran terkini terkait usaha Kerajaan MADANI di tanah air.

"Pesan saya kepada rakyat Malaysia di Qatar mahupun yang berada di negara-negara lain agar sentiasa menjaga imej dan nama baik negara," kata Anwar.

Artikel Berkaitan:
Anwar adakan pertemuan dengan pemimpin industri Qatar
Malaysia akan gerakkan ikhtiar bantu penduduk Gaza - Anwar
Kerajaan Perpaduan akan hasilkan lebih banyak reformasi - Anwar
Anwar tiba di Doha, mulakan lawatan rasmi tiga hari

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM