fb fb fb fb fb

Rakyat Johor sambut kepulangan Sultan Ibrahim dengan laungan 'Daulat Tuanku'

Kepulangan Sultan Johor disambut dengan laungan Daulat Tuanku oleh rakyat Johor berbilang kaum

JOHOR BAHRU, 29 Oktober- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, tengah hari tadi.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berangkat pulang dari Kuala Lumpur selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) di Istana Negara.

Sebaik tiba, kedengaran laungan 'Daulat Tuanku' oleh rakyat berbilang kaum yang berkumpul sejak awal pagi.

Ketibaan baginda disambut Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan barisan Ahli Majlis Kerajaan Negeri serta rakyat negeri ini.

Pada mesyuarat tersebut, Sultan Ibrahim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Jan 2024.

Sultan Ibrahim akan menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bakal menamatkan tempoh pemerintahan pada 30 Jan tahun depan.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) Jumaat lepas turut memilih Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama.

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI