KIMANIS, 19 April- Kementerian Luar Negeri (KLN) mengekalkan nasihat tangguh perjalanan terutama, ke negara bergolak mahupun yang sedang menghadapi konflik, ketika ini.
Timbalan Menterinya, Datuk Mohamad Alamin, menegaskan, kementerian sentiasa memantau perkara tersebut, selain turut mengemas kini sebarang maklumat terbaharu.
Jelasnya ia amat penting, agar warganegara Malaysia yang berada di luar negara sentiasa peka.
"Ada beberapa negara di dunia ini memang bergolak dan kita telah pun mengeluarkan nasihat
penjelasan terhadap KSPR, kepada warganegara kita untuk menangguhkan perjalanan mereka ke negara-negara yang sedang konflik.
Jadi, ini telah kita keluarkan kenyataan media. Insya-Allah dari masa ke masa, kita akan beri nasihat untuk melancong," kata Datuk Mohamad kepada pemberita, hari ini.
Beliau menyatakan perkara ini kepada pemberita RTM, sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kimanis 1446Hijrah/2025 Masihi, di sini.
Penangguhan tersebut digalakkan sekiranya tiada urusan penting untuk melawat ke negara tersebut selain usaha membendung kejadian tidak diingini ketika melancong.