fb fb fb fb fb

Rakyat dalam fasa 'hidup' bersama virus COVID-19

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 8 Jun- Rakyat Malaysia akan berada dalam fasa 'hidup' bersama virus COVID-19.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan perkara itu, selepas ia diputuskan menerusi mesyuarat pasca-Kabinet yang berlangsung baru-baru ini.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memutuskan bahawa rakyat Malaysia akan hidup bersama virus tersebut, sama seperti virus berjangkit yang lain.

"Dalam mesyuarat pasca-Kabinet KKM, kita buat keputusan bahawa kita akan sekarang ini hidup bersama virus, kita ambil sikap untuk memulakan fasa ini sama seperti virus lain seperti influenza dan chikugunya.

“Maknanya kita kini kembali kepada normal, kalau ada berlaku apa-apa KKM sentiasa memantau. Dalam persiapan untuk masa hadapan kita sentiasa bersedia kembali bertindak, buat masa ini kita kembali kepada normal, komunikasi akan dibuat dari semasa ke semasa andai berlaku kes,” katanya.

Beliau mengingatkan masyarakat untuk menjalani kehidupan secara normal, tanpa mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 seperti pemakaian pelitup muka serta sentiasa memantau tahap kesihatan sekiranya bergejala.

Datuk Seri Dr Dzulkefly berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 1.0 Peringkat Kebangsaan sempena Sambutan Hari Denggi ASEAN 2024 di ibu negara.

ROSLINA BINTI DIN