KUALA LUMPUR, 22 Julai- Sebanyak 1,944 program dirancang pelaksanaannya tahun ini di bawah inisiatif Rakan Muda.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, ia turut melibatkan pelaksanaan lebih 4,000 aktiviti termasuk di peringkat daerah menerusi kolaborasi bersama agensi luar, dengan peruntukan bernilai RM20 juta.
Menurut Hannah, program belia dan sukan yang dilaksanakan disesuaikan dengan 10 gaya hidup Rakan Muda mengikut cita rasa belia masa kini; khususnya berusia antara 13 hingga 30 tahun.
Tujuannya, bagi mengelakkan golongan itu terlibat dengan gejala sosial tidak sihat, selain memanfaatkan masa lapang dengan aktiviti berfaedah, selaras Matlamat Pembangunan Mampan.
"Kementerian juga menyasarkan banyak penyertaan dalam aktiviti yang ditawarkan program berbentuk fizikal.
"Seramai 2 juta golongan belia..sehingga Julai 2024, sebanyak 654 program melibatkan 983 aktiviti telah dilaksanakan," katanya ketika menjawab pertanyaan Senator, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai di Dewan Negara di sini.