fb fb fb fb fb

Rakan dialog penuh dengan ASEAN, Malaysia sokong Pakistan

Foto tangkap layar Pakistan TV

KUALA LUMPUR, 5 Oktober- Pakistan mendapat sokongan penuh untuk menjadi rakan dialog penuh dengan ASEAN.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia turut bersedia membuka peluang dan ruang mengenai hasrat Pakistan dalam menjadi rakan dialog.

"Malaysia menyokong kerana saya bersikap terbuka. Walaupun saya berada di Vladivostok dalam perbincangan bersama Presiden Rusia, Vladimir Putin mengenai penyertaan ke dalam blok ekonomi BRICS, sudah tentu saya dijemput ke Kazan menghadiri sebagai rakan anggota sebelum menjadi anggota penuh, tapi akhirnya kami bersikap terbuka.

"Setiap keputusan akhirnya akan dibuat berdasarkan konsensus dalam ASEAN," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Pakistan TV.

Sebelum ini, Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia, Syed Ahsan Raza Shah dilaporkan berkata Malaysia menjadi antara penyokong utama Pakistan dalam ASEAN.

Oleh itu katanya, Pakistan berjaya memperoleh perkongsian dialog sektoral dan kini berhasrat menjadi rakan dialog penuh ASEAN dengan sokongan berterusan Malaysia.

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM