fb fb fb fb fb

Raja Permaisuri Agong berkenan ke Majlis Santapan Hi-Tea di Istana Negara

KUALA LUMPUR, 12 Julai- Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Hi-Tea di Istana Negara.

Keberangkatan tiba Tunku Azizah diiringi Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah; Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin Abdul Rahman; Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim; Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Turut mengiringi, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan isteri Timbalan Perdana Menteri Datin Sri Ruziah Mohd Tahir.

Seramai 350 tetamu hadir majlis santapan itu yang terdiri daripada pereka fesyen tempatan, ahli politik, selebriti serta pempengaruh.

Acara itu turut diserikan dengan persembahan nyanyian serta pertunjukan busana tradisional songket dan Tenun Pahang oleh pereka fesyen Datuk Radzuan Radziwill.

Petunjukan busana itu memperlihatkan 60 peragaan melibatkan Tenun Pahang Diraja, songket Yayasan Tuanku Nur Zahirah, batik Pink Jambu dan telepuk yang juga daripada Tenun Pahang Diraja.

Selain itu sebanyak 70 busana peribadi Raja Permaisuri Agong turut dipamerkan bagi tatapan tetamu yang hadir pada majlis berkenaan.

(Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
bertitah pada Majlis Santapan Hi-Tea di Istana Negara/Foto BERNAMA)

Media Baharu