
KUALA LUMPUR, 1 Februari – Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan meluangkan masa beramah mesra dengan kumpulan pelancong di Istana Negara, hari ini.
RINGKASAN BERITA AI
- Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah beramah mesra dengan pelancong di Istana Negara.
- Baginda turun dari kenderaan dan bersalaman dengan lebih 100 pelancong dari pelbagai negara.
- Selepas itu, Seri Paduka Baginda meneruskan perjalanan pulang ke Johor Bahru.
Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Raja Zarith Sofiah berkenan turun daripada kenderaan dan bersalaman dengan lebih 100 pelancong dari pelbagai negara di pintu masuk utama Istana Negara.
“Seri Paduka Baginda kemudiannya meneruskan keberangkatan pulang ke Johor Bahru,” menurut catatan itu.