fb fb fb fb fb

Raja Perlis terima mengadap Menteri Agama

FOTO ISTANA ARAU

KANGAR, 24 April- Raja Perlis,Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima mengadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, petang semalam.

Berangkat sama adalah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Turut hadir, Mufti Negeri Perlis, Profesor Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Datuk Dr. Mohd Na’im berada di Perlis sempena lawatan kerja selama dua hari pada 22 dan 23 April 2024.

Beliau turut mengadakan lawatan ke pusat pendidikan dan sekolah-sekolah serta beberapa program lain termasuklah ke Maahad Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI) Perlis dan Program Jom Ke Sekolah (JKS) 2024, Peringkat Negeri Perlis yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Tambun Tulang, Arau.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE